KONGSI REZEKI BERSAMA

Dalam rezeki yang Allah beri pada kita,

Pasti terselit juga rezeki orang lain untuk kita kongsikan bersama.

BAKUL MAKANAN

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

"Memberi Makanan Kepada Orang Lain"

Seorang lelaki  juga pernah bertanya kepada Nabi SAW, "Perbuatan apa yang terbaik dalam Islam?" Nabi SAW menjawab, "Kamu memberi makanan kepada orang lain."

SUMBANGAN KORPORAT

RM3000

Sumbangan Korporat bertujuan untuk menggalakkan syarikat-syarikat bukan kerajaan turut serta dalam projek kemanusiaan anjuran Pertubuhan Muslim Al-Fateh.

Sumbangan ini dijalankan di bawah Program Foodbank 1.0 di mana sebuah rak bekalan makanan akan diletakkan di setiap masjid yang terpilih.

Program ini InsyaAllah dijangkakan akan memberi manfaat kepada kira-kira 50 keluarga asnaf di kawasan masjid yang terpilih.

PROGRAM FOODBANK 1.0

Syarikat yang menyalurkan sumbangan korporat akan disenaraikan dalam kerjasama Foodbank 1.0 bersama Pertubuhan Muslim Al-Fateh

TAX EXEMPTION

Syarikat yang bekerjasama menjalankan Program Foodbank 1.0 akan mendapat pengecualian daripada tax

HUBUNGI KAMI

Riwayat at-Tabrani

"Sehingga Kenyang daripada Rasa Lapar"

Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang beriman hingga membuatnya kenyang daripada rasa lapar, maka Allah SWT akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain."

Ke Manakah Bakul Makanan

Diagihkan?

Asnaf yang memerlukan

Anak-anak Madrasah/Tahfiz

Pusat Kebajikan/Rumah Anak Yatim

SUMBANG SEKARANG

Galeri Bakul Makanan

Agihan Bakul Makanan di Sungai Rambai

Sebanyak 10 buah keluarga di sekitar Kampung Parit Penghulu telah mendapat manfaat makanan daripada dana yang telah disumbangkan oleh para penyumbang. Alhamdulillah

Agihan Bakul Makanan kepada Persatuan Dayak Muslim

Persatuan Dayak Muslim di Selangor antara penerima 20 kotak Bakul Makanan berkat daripada niat ikhlas para penyumbang. Syukur

Agihan Bakul Makanan kepada Anak-anak Tahfiz

Antara penerima Bakul Makanan hasil daripada sumbangan sedekah para penyumbang adalah pelajar Maahad Tahfiz Baitul Furqan, Melaka.

DOA DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG

"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil);..."